“Maut pun saya sanggup hadapi asalkan suami dapat hidup dengan baik dan sihat” itu luah Rashila Rasid, 37 yang sanggup berkorban mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada suami akhir bulan lalu.
Tanpa memimikirkan risiko kesihatan yang bakal dihadapinya jika mendermakan sebelah buah pinggangnya, Rashila yakin “hadiah” yang diberikan tepat tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 15 mereka, 26 Mei lalu bersama Muhammad Azman Zul adalah simbol kasih saying yang tidak terhingga kepada lelaki itu.
Malah Rashila kini berdepan risiko kegagalan buah pinggang sama seperti suaminya jika terdapat komplikasi selepas pembedahan atau buah pinggang sedia ada gagal berfungsi dengan baik.
“Sepanjang bergelar isteri, tidak pernah sekalipun suami menyakiti hati ini, malah pengorbanan yang dilakukan bagi menyara kami sekeluarga selama ini tiada tolok bandingnya. Saya diberikan kebebasan untuk menjadi suri rumah biarpun saya mampu membantunya menyara keluarga.
“Saya tak fikir apa-apa langsung sebelum buat keputusan mendermakan buah pinggang biarpun anak masih kecil dan perlukan perhatian daripada kami. Bagi saya, suami adalah tiket saya ke syurga dan tidak ada pengganti yang sama.” katanya ketika ditemui di Anjung Kasih Hospital Selayang.
Menceritakan semula detik cemas dimaklumkan kesihatan suaminya yang kian kronik, tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan takut Rashila jika terpaksa kehilangan suami dan satu-satunya cara untuk menyelamatkannya adalah melalui pembedahan buah pinggang.
“Apabila doktor memaklumkan berita buruk mengenai buah pinggang suami, saya menyatakan hasrat mendermakan buah pinggang tanpa bertanyakan persetujuan suami kerana pasti dia akan halang dan lebih rela menunggu penderma lain.”
Saya tak mampu membuang masa dan tawarkan buah pinggang saya untuk didermakan kepada suami. Saya tak sanggup melihat keadaan suami yang semakin teruk dan tidak melakukan apa-apa tindakan” katanya.
Nasib menyebelahi Rashila apabila darahnya sesuai sebagai penderma buah pinggang selain tahap kesihatan yang baik.
“Doktor memaklumkan saya mungkin sukar hamil selepas melakukan pembedahan ini kerana ia melibatkan antara organ penting dalam tubuh, namun saya redha dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang.
“Saya sudah pasti mahu anak yang ramai, tapi kesihatan suami lebih penting buat masa ini dan apa gunanya saya sebagai seorang isteri tidak dapat membantunya pada saat sukar” katanya yang menetap di Jengka Pahang.
Katanya, dia tidak menyangka doanya selama hampir setahun untuk melihat suami kembali sihat termakbul pada Ramadhan kali ini apabila doktor mengesahkan buah pinggang didermakan bertindak balas positif dalam tubuh suami.
Sumber: Harian Metro 12 Julai 2016
Bukan semua wanita sanggup berkorban demi suami..semoga menjadi contoh kpd wanita lain dan juga saya sendiri..semoga Pn Rashilla dan suami sihat slps pembedahan buah pinggang ini..
Semoga lepas sembuh suami tetap hargai dan tak lupa jasa dan pengorbanan isteri..ramai lelaki yang begitu.
Ketulusan cinta seorang wanita…jika seorang lelaki menyayangi dan menghargainya…dia akan membalas dengan berlipat kali ganda. Semoga kita semua dihimpunkan dalam syurga Allah yg kekal abadi.
Syurga untukmu duhai Isteri
Moga Syurga untukmu atas pengorbanan terhadap suamimu….aluminum….ya rabbal a’lamin
Ya Allah rahmatilah wanita ini dan keluarganya terutama kedua ibubapa wanita ini yg begitu hebat mendidik anaknya…semoga pengorbanan mu menjadi tiket utk mu ke syurga Allah ….