TINDAKAN ahli politik Asmuni Awi yang ingin memanggil Timbalan Mufti Perak, Sahibus Samahah Ustaz Zamri Hashim mengadapnya pada hari ini adalah satu tindakan angkuh, biadap dan tidak menghormati institusi mufti khususnya dan ulama amnya.
Sepatutnya dalam sebuah sistem pemerintahan berlandaskan Islam, institusi ulama hendaklah dihormati dan dijadikan sebagai rujukan oleh pemerintah dalam membuat sebarang pendirian atau tindakan. Ini kerana asas pemerintahan Islam adalah menjaga agama serta membangunkan dunia bersandarkannya.
Maka penjagaan dan pembangunan negara berlandaskan agama tidak dapat dilakukan dengan sempurna melainkan dengan menjadikan kelompok yang mahir dalam hal ehwal agama sebagai rujukan iaitulah institusi ulama. Sebab itu Rasulullah SAW meletakkan tanggungjawab ulama untuk sentiasa bersifat tegas walaupun adakalanya perkara itu tidak disukai oleh pemerintah.
“Ulama ialah kepercayaan rasul dalam menjaga hamba Allah selagi mereka tidak bergaul dengan (tunduk dan mengikut kehendak) penguasa. Namun sekiranya mereka bergaul dan berbuat demikian, sesungguhnya mereka berlaku khianat kepada rasul serta hamba Allah, maka takut dan hindarilah mereka.” (HR Dailami)
Kedudukan institusi ulama yang dihormati serta dirujuk bukan sekadar berlaku dalam sejarah khilafah Islam di tanah arab, tetapi ia juga berlaku dalam sejarah tanah Melayu sendiri. Antaranya kisah Sultan Zainal Abidin III (1902) mengutus surat kepada Tok Ku Paloh mengadu akan perancangan Inggeris yang cuba untuk jatuhkan Terengganu dengan menyerahkan kepada Siam yang Sultan istilah sebagai kuffar. Tok Ku Paloh sebagai ulama menasihati pemerintah untuk kembali mengangkat peranan Islam dalam pemerintahan.
Dalam isu ini, pendirian yang dibuat oleh Timbalan Mufti Perak untuk mendokong kempen Buy Muslim First (BMF) adalah perkara yang sangat asas dalam hubungan sesama muslim. Muslimin yang seperti satu tubuh, satu binaan, satu ummah yang saling membantu serta menguatkan satu sama lain adalah erti sebenar ukhuwwah islamiyyah yang sering kita ungkapkan. Wala’ asasnya adalah untuk Allah, Rasul dan sesama muslim sebebelum lainnya.
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari)
Yang peliknya adalah ahli politik itu sendiri, kepada siapa dia meletakkan wala’nya sedangkan dia adalah Exco Agama Islam?
Sepatutnya kita pada hari ini perlu mengungkapkan rasa syukur kerana masih ada ulama yang tegas pendiriannya dan tidak rela tunduk kepada kehendak pemerintah. Kerana dengan ketegasan inilah akhirnya kita masih lagi dapat memahami Islam dengan erti sebenarnya. Dengan ketegasan ini juga dapat menghalang pemerintah daripada sesuka hati menafsirkan agama berdasarkan kepentingannya.
Janji Nabi SAW bahawa keruntuhan sesebuah masyarakat bermula dengan runtuhnya institusi ulama sepatutnya dijadikan panduan dalam kita mempertahankan institusi ini.
“Dua golongan manusia, jika mereka baik, akan baik seluruh manusia, dan jika ia rosak, akan rosak seluruh manusia. Mereka adalah para ulama dan umara.” (HR Ibnu Nu’aim)
Marilah kita sama-sama pertahankan institusi ulama daripada tangan-tangan kotor ahli politik.
Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani
Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Tak perlu nak hormat kepada pemerintah seperti ini yg terlalu angkuh dan tidak tahu membezakan yg benar dan salah. Perkara yg baik kenapa nak dilarang sedangkan yg salah secara terangan terangan tidak pula dilarang contoh orang yg berjudi dan minum arak dan berzina. Mereka inilah yg patut memberi keterangan kepada Pak menteri.
Membeli produk muslim tidak memudaratkan pun.
Cermin diri sikit, pak menteri tak layak nak tegur mufti hanya sebagai penjaga ugama tak tau ugama apa yg dijaga pun
Pakai lah otak sikit pak Menteri jgn terlalu mengikut telunjuk kawan sekutu DAp knp lah jahil sangat.Bertaubat lah menteri yg berkenaan sebelum terlambat
Ya Allah..berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka yang jahil……amin