Tindakan ke atas Qatar tidak Islamik: Erdogan

 

ANKARA – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan tindakan mengasingkan Qatar sebagai satu kesilapan besar yang tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Sambil mengecam tindakan mengasingkan Qatar, beliau menggesa, Arab Saudi mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu itu yang memyebabkan krisis di kalangan Negara-Negara Teluk.

“Qatar telah menunjukkan pendirian yang tegas terhadap keganasan Daesh bersama Turki. Mengetepikan Qatar menerusi kempen kotor tidak berguna,” katanya.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Mesir dan beberapa negara lain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar minggu lepas, dengan mendakwa Doha menyokong pengganas. Qatar menolak dakwaan itu.

Erdogan berkata, muncul beberapa negara yang menjatuhkan ‘hukuman mati’ ke atas Qatar dan Arab Saudi digesa menimbang semula langkah keras terhadap negara Teluk itu.

“Raja Arab Saudi, sebagai pemimpin utama di Teluk, perlu menyelesaikan isu ini. Saya berpendapat beliau patut mengetuai usaha menyelesaikan krisis ini.

“Satu kesilapan besar telah dibuat ke atas Qatar. Mengasingkan negara itu adalah tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts