Tindakan terhadap penghina Islam: Syabas Menteri Agama – UMMAH

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengucapkan syabas di atas tindakan segera dan pantas kepada  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator  Dato’ Idris Ahmad; serta  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang segera bertindak ke atas individu yang menghina Islam secara terang-terangan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, baru-baru ini.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, tindakan sebegitu perlu diteruskan pada masa akan datang sebagai suatu pencegahan kepada perkara yang memudaratkan UMMAH.

Menurut beliau, tindakan mendakwa pihak yang terlibat tepat pada masanya kerana perbuatan mereka menganggu keharmonian dan sensitiviti agama dan kaum lebih-lebih lagi Islam adalah agama persekutuan yang dimaklumi oleh semua pihak.

“Perbuatan pihak yang berkenaan sangat tidak bertamadun dan di luar tatasusila rakyat negara ini,”’ ujarnya kepada HarakahDaily.

Tambah beliau, UMMAH juga menyokong dan mendesak tindakan DBKL yang menyita dan mengantung sementara operasi premis berkenaan dan menutup terus dengan tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada pihak berkenaan kerana bersekongkol menyediakan platform kepada berlakunya ‘lawak jijik’ berkenaan.

“Ini adalah tindakan yang boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa sebarang tindakan yang mengundang suasana tidak harmoni yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum tidak lagi berlaku dimasa akan datang dan penguatkuasaan undang-undang mestilah dilaksanakan dengan tegas dan berkesan,” katanya. – HARAKAHDAILY

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts