Tinggalkan dakwah dan tarbiyah?

alone

 

Akhi, ana pilih untuk tinggalkan dakwah dan tarbiyah…

 

RUGI.

Rugi kalau sudah berada di dalam dakwah dan tarbiyah tetapi kita mengambil keputusan untuk meningggalkannya.

Rugi, masa masa yang telah kita peruntukkan sebahagian daripada hidup kita untuk dakwah tetapi berakhir dengan kita meninggalkannya.

Rugi, setelah kesedaran yang kita telah peroleh awal-awal di jalan ini berakhir apabila kita mengambil keputusan untuk kembali hidup berkiblatkan nafsu dan syahwat.

Rugi, jika kita gagal lihat perubahan yang disebabkan proses tarbiyah yang kita lalui, lalu kita tidak bersyukur dan mengambil keputusan untuk ber’graduasi’ daripada universiti tarbiyah.

Rugi, setelah kita menyelamatkan manusia dari arus jahiliah, tetapi berakhir dengan kita sendiri kembali kepada arus jahiliah.

Rugi, kerana apabila memutuskan untuk meninggalkan saf dakwah tetapi tidak merasakan kerugian yang bakal dialami kita.

Rugi, jika kita tidak sedar dan tidak tahu akan sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sedang bersama dalam perjuangan bakal bersedih dan kesal akan keputusan kita. Walaubagaimanapun, mereka akan terus melaju amal.

Rugi, jika lari dan enggan berhadapan dengan masalah, mudah mengalah, sedangkan itu ujian dan tarbiyah daripada Allah Taala.

Rugi. Teramatlah rugi. Sedarlah wahai ikhwah. Ayuh jadi manusia yang berjiwa besar. Beruntunglah kita sudah berada di jalan ini. Bersyukurlah Allah dah susun kehidupan kita dengan cantik sekali. Silaplah kita meninggalkan dakwah ini apabila kita telah diberi peluang dan nikmat yang tidak semua dapat rasai. Silaplah kita membiarkan hal-hal remeh dan kecil mempengaruhi kita untuk meninggalkan dakwah.

Rugi.

Rais Abdul Rahman

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts