Tingkatkan ukhuwwah dengan menyokong produk Muslim: Mufti Terengganu

 

1. SETELAH tamat pengajian di peringkat master pada tahun 1995 semasa berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa, saya selalu juga dijemput berceramah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara isu yang selalu saya ketengahkan dalam siri-siri ceramah saya adalah kepentingan umat Islam membeli barang-barang buatan orang Islam dan juga kepentingan menjadi pelanggan kedai-kedai kepunyaan Muslim.

Saya utarakan perkara itu kerana saya tinggal di Kuala Lumpur ketika itu di mana saya amat sedih melihat ada juga perniagaan orang-orang Islam di Kuala Lumpur dan sekitarnya yang saya nampak kurang sambutan pada pandangan mata saya. Mungkin sebab harga yang lebih, mungkin perkhidmatan yang kurang memuaskan atau mungkin sebab-sebab lain. Ini terkecuali kedai-kedai makan atau perniagaan kecil-kecilan atau pasar malam.

2. Jadi, saya meletakkan tekad di hati, dalam apa keadaan pun saya hanya mahu menjadi pelanggan kedai-kedai kepunyaan Muslim kecuali kalau terdesak seperti ketiadaan barang di premis-premis si Muslim. Keutamaan saya pada masa itu adalah menjadi pembeli di kedai-kedai Muslim. Adapun barang-barang keluaran Muslim, itu mungkin sukar sikit untuk saya mengenalinya.

3. Juga terfikir saya di kala itu bahawa kerajaan sejak dulu buat macam-macam dasar untuk tolong kedudukan ekonomi orang Islam. Namun, kalau tiada kempen guna produk orang Islam dan tiada dibeli, majukah mereka? Sudah tentu jawabnya tidak.

 

 

4. Bila saya membaca al-Quran dan melalui ayat-ayat yang mewajibkan berukhuwwah (menjaga persaudaraan sesama Islam), saya rasa saya diajak oleh al-Quran untuk berukhuwwah bukan sahaja ketika beribadat di masjid, tetapi berukhuwwah juga di dalam membantu ekonomi mereka. Jadi mengutamakan produk Muslim adalah satu jenis bentuk ukhuwwah.

5. Bila saya baca al-Quran tentang wajib keluar zakat, terlintas di minda saya bahawa saya juga berkewajipan untuk membuka jalan kepada kaum muslimin untuk mengeluarkan zakat yang antaranya dengan memajukan ekonomi mereka. Pasti ia berlaku apabila saya dan saudara-saudara seIslam menjadi pelanggan premis-premis perniagaan mereka serta menyokong produk-produk keluaran mereka.

6. Perkembangan sehari dua ini memang mengharukan. Produk orang Islam mula diberi perhatian. Kalau kempen sebegini dibuat sepuluh tahun lalu, alangkah amat baik untuk masyarakat Islam. Mungkin mereka kini telah menjadi bangsa gergasi dalam ekonomi.

7. Cuba lihat luahan saya di atas, saya tidak sebutkan satu patah perkataan “Melayu” pun. Jadi sokongan saya terhadap kempen beli produk Muslim tidak tertentu produk Melayu sahaja, tetapi merangkumi semua Muslim tanpa melihat bangsanya sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain.

SAUDARA SEISLAM

Sahibus Samahah Dato’ Dr. Zulkifly bin Muda
Mufti Negeri Terengganu

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts