1. Menurut Ibn al-Attar, al-Imam al-Nawawi meninggal pada usia 45 tahun (Tuhfah al-Talibin, 43). Walaupun melalui usia yang singkat, beliau meninggalkan karya yang tidak terhitung.
Dr. Khalid Abu Syadi menyebutkan bahawa sekiranya dibahagikan usia hidup al-Nawawi dengan jumlah karyanya, kita akan dapati seolah al-Nawawi mengarang setiap hari sebanyak empat helaian kertas. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23).
2. Menurut al-Khatib al-Baghdadi pula, al-Imam Ibn Jarir al-Tabari (M310H) menulis setiap hari sebanyak 40 helaian kertas. Dr. Abu Syadi menjelaskan bahawa, sekiranya dikira usia al-Imam al-Tabari dengan tabiat penulisan beliau setiap hari ini, penulisan beliau mencapai bilangan hampir 584,000 helaian penulisan yang dihasilkan.
3. Malah Ibn al-Jauzi (M597H) dikatakan menulis hampir dua ribu jilid penulisan. Kekuatan ilmu yang dikuasainya menyebabkan ribuan penganut agama lain memeluk Islam atas usaha ilmu dan dakwah beliau. (Sibaq Nahw al-Jinan, 23)
Tradisi sarjana Muslim yang terdahulu ini sangat baik untuk dijadikan inspirasi buat seorang Muslim.
Dalam usia yang berbaki, sudah tentu ada sesuatu yang mampu kita sumbangkan untuk Islam.
Moga Allah membimbing kita menjadi Muslim yang lebih baik.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)