Tujuh peringkat godaan iblis

22-black-wallpaper

 

Kenalilah musuh hakiki yang tidak akan pernah mengalah untuk menyesatkan kita. Dosa itu pada awalnya adalah sukar untuk dibuat.. kemudiannya ia jadi mudah.. kemudiannya terbiasa.. malah kemudian menjadi jinak.. dan akhirnya menjadi manis.. dan juga seterunya terpahat dalam hati.. kemudian hati itu mula mencari dosa yang lain..

Pengajaran daripada kitab Madaarijus Salikin karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah.. Godaan Iblis itu ada tujuh peringkat ;

PERTAMA
Menghasut manusia mempersekutukan Allah dan mengingkari semua ajarannya. SYIRIK dan KUFUR inilah dua kesalahan paling besar manusia yang tidak terampun lagi. KPI nya ialah meramaikan sebanyak mungkin manusia yang MUSYRIK dan KAFIR.

KEDUA
Andai tidak berjaya, maka Iblis akan berusaha sekerasnya agar manusia menyeleweng daripada amalan yang sahih, menambah atau mengurangkan ajaran Islam yang tulin. Inilah kategori dosa yang dinamakan bid’ah. KPI adalah agar muslim itu menjadi AHLI BID’AH.

KETIGA
Andai masih juga belum berjaya.. maka Iblis akan menggoda manusia terjebak dengan berbagai dosa besar seperti membunuh, mencuri, berzina, mengambil riba dan lain-lain. Inilah antara dosa yang disebut alKabair (dosa yang membinasakan). KPI nya ialah menjadikan seorang muslim itu menjadi FASIQIN.

KEEMPAT
Seterunya andai kata manusia masih mampu menahan diri mereka, Iblis akan berusaha membiasakannya dengan dosa-dosa kecil. Iblis akan menghiasi segala dosa tersebut dengan gambaran-gambaran yang indah. Dibisikkan bahawa ia hanyalah dosa kecil yang mudah diampunkan Allah. Sehingga kurang rasa bersalah kepada palakunya lalu akhirnya bergelumanglah dia dengan dosa-dosa kecil sehingga mati. Muslim yang demikian juga di gelar AHLI MAKSIAT (‘Asi).

KELIMA
Bagi muslim yang berjaya membebaskan diri daripada belenggu dosa, maka Iblis akan menjebaknya dengan perkara-perkara “mubahaat” (perkara yang asalnya harus). Ia menenggelamkan manusia dengan hal-hal yang berlebihan dan mewah seperti makan minum, tidur, rehat, berhibur dan sebagainya. Memang hal demikian tidaklah berdosa pada asalnya. Namun, secara perlahan-lahan manusia tersebut akan hanyut dan hilang ketinggian dirinya selaku makhluk paling mulia dan mempunyai matlamat hidup, lalu mereka menjadi GHAFIL – manusia yang lalai.

KEENAM
Andai masih juga terselamat daripada kelima-lima peringkat tadi, maka Iblis akan mengajak dan menggodanya untuk memilih melakukan perkara yang kurang afdhal berbanding yang lebih afdhal. Contohnya; Seorang yang berada di dalam masjid yang terdapat majlis ilmu, namun dia memilih untuk melayari mesej telefon atau bersembang dengan rakannya dibelakang walaupun ia adalah perbicaraan yang bermanafaat.

KETUJUH
Andai seorang Muslim masih mampu menjaga dirinya daripada kelalaian serta berilmu dalam memilih untuk beramal, maka Iblis pada peringkat ini akan mula mengiklankan nama manusia tersebut kepada sekelian tentera-tenteranya kalangan Jin dan Manusia. Dia akan diperangi habis-habisan samada secara nyata ataupun tersembunyi, terang mahupun gelap. Oleh sebab itulah, kita melihat betapa ramai manusia soleh yang difitnah, dimusuhi, di’teroris’ dan sebagainya, kerana pada peringkat ini ia telah dimusuhi oleh seluruh tentera Iblis berupa Jin dan Manusia.

Ustaz Mohd Zulkifli Ibrahim

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts