SEPANG – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau untuk tidak menghantar pulang penceramah dari India, Dr. Zakir Naik pulang ke negara asalnya.
Dr. Mahathir berkata, beliau enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya pendakwah itu dibunuh di India nanti.
“Masalahnya sekarang (untuk hantar Zakir pulang) kita bimbang beliau akan dibunuh.
“Tetapi jika ada negara lain yang alu-alukan (kedatangan Zakir ke negara mereka) kita akan pertimbangkan (untuk hantar ke negara berkenaan),” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Ulang Tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA): A Precious Legacy di KLIA di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pelbagai pihak yang mahukan Malaysia menghantar Zakir pulang ke India.
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menggesa tindakan diambil terhadap penceramah dari India, Dr. Zakir Naik kerana mempersoalkan kesetiaan masyarakat Hindu di negara ini.
Menurut Naib Presiden DAP itu, Zakir sebagai orang asing yang hanya memiliki sedikit pengetahuan mengenai sejarah Malaysia tidak berhak merendahkan rakyat Malaysia. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Hantar kulasegaran saja pulang ke india. Rama2samy pun klu nk join, boleh ikut sekali.
Hantaq balik kulasegaran p India ja la!! Byk bising la
Ramasamy hantar balik ke Sri Lanka, aje.
Join Eelam Tigers.