Turki bakal sumbang AS$10 juta kepada Palestin

 

RAMALLAH – Turki merancang untuk menyumbangkan AS$10 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dalam masa terdekat.

Merujuk kepada pengurangan bantuan Amerika Syarikat baru-baru ini kepada Pihak Berkuasa Palestin, Timbalan Speaker Parlimen Turki, Ahmet Aydin menegaskan bahawa Turki akan terus menyediakan bantuam untuk rakyat Palestin.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga akan segera berunding dengan Pesuruhjaya UNRWA untuk membahaskan cara meningkatkan bantuan Turki ke Palestin.

Selain itu, mengambil cadangan baru-baru ini oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menubuhkan ‘platform antarabangsa’ bagi mempromosikan proses perdamaian Timur Tengah, beliau berkata, Turki bersedia untuk melakukan peranannya.

“Sebanyak 137 negara telah mengiktiraf Palestin setakat ini, tetapi ini tidak mencukupi.

“Saya bertanya kepada negara-negara yang belum mengiktiraf Palestin: ‘Kalau tidak sekarang, bila lagi ?’ Saat itulah negara Palestin diakui,” katanya ketika berucap di Ramallah.

“Kita mesti mendesak untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas, berdaulat pada tahun 1967 bersempadan dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranua – ini satu-satunya cara yang berdaya maju untuk mencapai keamanan,” kata Aydin.

Baitulmuqaddis masih berada di tengah-tengah konflik Timur Tengah yang lama, dengan Palestin mengharapkan bahawa Baitulmuqaddis Timur yang diduduki oleh Israel sejak tahun 1967 – mungkin menjadi ibu negara Palestin yang bebas. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts