Turki enggan terima gelombang pelarian baharu dari Afghanistan

ANKARA– Turki tidak mampu menanggung beban gelombang pelarian baharu, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.

“Turki kini menampung sekitar lima juta pelarian,” kata Erdogan, semalam kepada Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, menekankan bahawa negaranya tidak mampu mendukung beban pelarian tambahan.

“Anda tidak boleh mengharapkan Turki untuk memikul tanggungjawab negara ketiga,” katanya.

Perebutan kuasa oleh Taliban di Afghanistan telah menyebabkan ramai rakyat panik untuk melarikan diri dari negara itu, termasuk orang awam yang membantu tentera atau kumpulan asing kerana takut akan balasan daripada Taliban.

Selama beberapa minggu terakhir, pelarian Afghanistan telah melakukan perjalanan melalui Iran ke Turki dalam usaha untuk sampai ke Eropah. 

Ekoran itu, Turki telah memperkuat pertahanan sempadannya. 

Menjelang akhir tahun ini, pihak berkuasa merancang untuk menambah 64 kilometer (km) lagi ke tembok sempadan yang telah dimulakan pada tahun 2017. 

Parit, wayar dan rondaan keselamatan sepanjang masa akan diletakkan di sempadan sepanjang 560 km.

“Kami ingin menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa sempadan kami tidak boleh dicerobohi,” kata Gabenor wilayah sempadan timur Van, Mehmet Emin Bilmez, kepada Reuters minggu lalu. 

“Harapan terbesar kami adalah tidak ada gelombang pendatang dari Afghanistan,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts