Turki henti ajar teori evolusi Darwin di sekolah

 

ANKARA, 29 Ramadan 1438H, Sabtu – Turki tidak mengajar teori Darwin mengenai evolusi, daripada sukatan pelajaran di semua sekolah menengah, termasuk menyisihkan bab ‘Permulaan kehidupan dan evolusi’ dalam buku biologi, kerana menjadi isu kontroversi.

Pengkritik berkata, Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Parti AK (AKP) menjejaskan dasar sekular Turki moden dengan memperkenalkan agenda konservatif, termasuk mengetatkan peraturan mengenai alkohol dan larangan lain sejak berkuasa pada 2002.

Bab bertajuk ‘Pemulaan kehidupan dan evolusi’ akan dibuang daripada buku teks biologi sekolah menengah dan ianya hanya dipelajari oleh pelajar universiti berusia 18 tahun dan 19 tahun, kata Ketua Badan Pendidikan Kebangsaan Turki, Alparslan Durmus.

“Kami sedar bahawa jika pelajar tidak mempunyai latar belakang untuk memahami kedudukan dan hipotesis, atau jika mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kerangka saintifik, mereka tidak akan dapat memahami beberapa isu kontroversi. Jadi kami telah membuangnya,” katanya.

Teori Evolusi diperkenalkan Charles Darwin, ditolak oleh umat Islam dan penganut Kristian, yang percaya Tuhan mencipta alam dan dunia ini sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran dan Bible.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtlmus sebelum ini berkata, teori Darwin, yang mula diperkenalkan pada abad ke 19 ‘sudah lama dan busuk’ dan tidak perlu diajar.

Perubahan itu adalah antara kurikulum baru diperkenalkan pada sesi akademik 2017-2018 dan diacu menurut nilai-nilai Turki.

Sebanyak 51 program kursus bermula dari sekolah rendah hingga sekolah tinggi, termasuk di sekolah agama Imam Hatip yang dinaungi Erdogan, telah diubah.

Kumpulan pelobi pendidikan sekular – Kesatuan Egitim-Is – menyatakan keprihatinan terhadap perubahan kurikulum itu, sambil berkata, langkah itu mengurangkan pencapaian pengasas Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk, yang mengharamkan Islam dalam kehidupan awam. – Agensi

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts