Tutup tahfiz: Kewarasan Zainuddin dipersoal Mufti Negeri Sembilan

 

KUALA LUMPUR – Mufti mempersoalkan kewarasan cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya pusat tahfiz di seluruh negara ditutup.

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Zainuddin sebaliknya perlu membantu untuk memperbaiki lagi kelemahan sistem pusat tahfiz supaya sehaluan dengan kemajuan arus semasa.

“Dia (Zainuddin) sepatutnya menentang pusat-pusat pelacuran, kedai-kedai minuman keras, itu yang patut disarankan untuk ditutup dengan segera, bukannya pusat tahfiz.

“Pandangan beliau memang tidak wajar. Sebagai orang Islam perkara-perkara yang memartabatkan agama Islam perlu disokong dan sama-sama diperbaiki kelemahannya, bukannya minta untuk ditutup,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Menerusi catatan dalam blognya semalam, Zainuddin mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup kerana tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baharu Islam.

Zainuddin juga mahu Mujahid mencegah sekolah agama menjadikan ‘pakaian Arab’ sebagai pakaian seragam.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta supaya Zainuddin untuk tidak menilai penubuhan pusat tahfiz dengan sudut pandangan yang tidak jelas, sebaliknya memandang penubuhan institusi itu sebagai satu tanggungjawab umat Islam menunaikan fardu Kifayah.

“Dari sudut hukum, penubuhan pusat tahfiz ini sebenarnya merupakan fardu Kifayah. Jika beliau mempersoalkan penubuhan institusi tersebut tidak memberi masa depan kepada generasi baharu Islam, kenapa tidak sama-sama bertanggungjawab memperbaiki kelemahannya dan membawa pendekatan supaya institusi ini mempunyai hala tujunya?” soal beliau.

Dalam pada itu, presiden Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd. Zahid Mahmod menegaskan bahawa pihaknya akan tetap mempertahankan institusi tahfiz m

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

alah penubuhan institusi tersebut akan diperbesarkan lagi di seluruh negara.

“Kenyataan Zainuddin jelas seolah-olah pendiriannya itu menyerang umat Islam amnya, warga tahfiz khususnya. Sehubungan itu, PINTA sekeras-kerasnya menentang cadangan tersebut.

“Kalau ada kekurangan, sempurnakan, dan jika ada kelemahan perkuatkan serta mencari jalan kepada masalah yang sedia ada. Itu yang lebih penting,” ujarnya. – Utusan

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts