Tweet kanak-kanak Syria kepada Trump ini menyentapkan dunia

 

Seorang kanak-kanak Syria berusia 7 tahun, Bana Alabed telah meminta Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membantu pelarian dan kanak-kanak di negara itu menerusi sebuah video.

“Pernahkah anda tidak mempunyai bekalan makanan dan air untuk tempoh 24 jam? Cuba fikirkan mengenai pelarian dan anak-anak Syria,” tweet Bana semalam.

Itu adalah soalan yang ditujukan oleh Bana kepada Trump yang melakukan larangan kemasukan pelarian ke AS untuk sementara waktu.

 

 

Video itu kemudian mendapat perhatian dunia.

Rata-rata netizen yang tersentuh dengan mesej Bana berharap pelarian akan dihormati seperti rakyat lain di bumi ini.

Sehari sebelum video itu, Bana juga memberi respon kepada tweet Trump mengenai sekatan pelarian dengan menyoal jika dirinya adalah seorang pengganas.

 

 

Bana turut mencadang Trump untuk menjadikan negara lain sebagai negara yang aman sebelum menyekat kemasukan pelarian ke negaranya.

Bana mula mendapat popularati selepas tweetnya berkenaan situasi di Aleppo mendapat perhatian pengguna media sosial dan media antarabangsa. – Astroawani

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts