Umat Islam perlu bangkit atas isu Baitulmaqdis!

 

PENGERUSI Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Tuan Haji Aminuddin Yahaya mengecam tindakan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Beliau telah menggariskan lima perkara yang harus disepakati umat Islam dalam hal ini.

1. Deklarasi ini merupakan deklarasi yang membelakangkan segala perundangan antarabangsa, baik dari segi kemanusiaan, hak asasi dan undang-undang.

2. Keputusan ini bakal menghancurkan segala perbincangan dan dialog yang telah dilakukan untuk memastikan keamanan penduduk Palestin. Malah, ianya akan menambah lagi ketegangan yang sedia ada dalam isu ini.

3. Saya menyeru umat Islam untuk bersepakat BANGKIT dalam isu ini  dan tidak membenarkan ianya berlaku.

4. Saya juga menggesa agar OIC segera berbincang dan mengambil tindakan tegas dalam hal ini.

5. Saya juga meminta campur tangan PBB untuk menghalang AS dan Israel untuk  menukar ibu negara Israel ke BaitulMaqdis.

—–

SERUAN HADIR KE SOLIDARITI BANTAH PERISYTIHARAN BAITUL MAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), bersama-sama dengan umat Islam di seluruh dunia membantah sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika, Donald Trump yang mengisytiharkan Kota Jerusalem sebagai Ibu Negara Israel.

Tindakan Trump itu sekaligus mengundang kemarahan umat Islam terutama rakyat Palestin yang sudah sekian lama ditindas.

Setelah amaran dunia tidak diendahkan Trumph, kini tiba masanya dunia menyaksikan kebangkitan Islam sebagai tindakan balas terhadap kezaliman Amerika Syarikat.

Justeru, kami menyeru semua NGO mahupun individu tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik untuk hadir ke Himpunan Aman membantah tindakan Trump ini. Himpunan akan diadakan di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok (8 Disember 2017).

Semoga usaha kecil ini membuktikan solidariti sebagai rakyat Malaysia terhadap nasib saudara Islam kita di bumi Palestin.

Ayuh rakyat Malaysia! Baitul Maqdis milik Islam!

HJ AMINUDDIN YAHAYA
Pengerusi
Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
18 Rabiul Awal 1439 | 7 Disember 2017

 

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts