Umat Islam perlu istiqamah boikot produk Israel

 

BANGI – Umat Islam diingatkan untuk istiqamah memboikot produk negara haram Israel kerana itu sahaja cara paling mudah untuk menyatakan sokongan kita kepada Palestin, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ustaz Ismail Mina Ahmad.

Jelas beliau, tidak dinafikan agak sukar untuk memboikot produk Israel, tambahan pula banyak ciptaan mereka yang kita guna hari-hari seperti Google, Waze dan lain-lain.

“Tapi tak mengapa, tak boleh boikot semua, kita boikot mana yang boleh. Misalnya Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald’s.

“Kita boleh tukar dengan produk lain yang bukan keluaran Yahudi. Kita boleh cuba produk alternatif atau produk tempatan. Percayalah, sekurang-kurangnya ia menunjukkan kita berusaha untuk memberi kesan yang mendalam terhadap Israel,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Mengulas lanjut katanya, kebiadapan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin tidak akan pernah terhenti selagi rejim itu mahu menakluk negara Islam.

Justeru, kita sebagai masyarakat Islam perlu mengambil peluang memberi sokongan kepada Palestin dengan memboikot produk Zionis.

“Kalau kaji balik salah silah sebelum ini, kempen memboikot ini sebenarnya memberi kesan yang cukup mendalam terhadap Israel.

“Sebabnya, ekonomi mereka pernah terjejas teruk hingga mengalami kerugian sehingga berpuluh milion pound apabila seluruh negara termasuk bukan Islam sama-sama menyer­tai usaha tersebut pada 2014,” jelasnya.

Israel baru-baru ini mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memasang alat pengesan logam di pintu masjid al-Aqsa. Selepas mendapat kecaman antarabangsa, Zionis kemudia membuang alat itu, sebaliknya menggantikan dengan CCTV.

Warga Palestin menyifatkan pemasangan itu sebagai pencerobohan ke atas kedaulatan dan status quo Masjid suci umat Islam itu.

Jelas Ustaz Ismail, Israel dari sudut sejarah pun mereka tidak berhak untuk menakluk bumi Palestin.

“Mereka adalah entiti haram. Justeru cadangan dua agar ada dua negara sangat tidak relevan dan dipersetujui. Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia. Negara ini hanya diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts