KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman mengumumkan.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 September 2017,” katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). – Bernama
www.indahnyaislam.my