DUBAI – Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) meluluskan resolusi untuk mengiktiraf Timur Jerusalem sebagai sebahagian daripada warisan Palestin.
Teks resolusi yang menyentuh mengenai pengurusan pendudukan Israel di tapak suci Palestin, telah menaikkan kemarahan rejim itu dan mendakwa bahawa ia adalah perkara yang berat sebelah.
Satu bentuk draf resolusi telah diluluskan oleh suruhanjaya minggu lalu, dan Lembaga Eksekutif UNESCO menerima pakai dan mempersetujui secara konsensus perkara itu, pada Selasa.
Antara negara-negara yang mengundi adalah Jerman, Estonia, Amerika Syarikat, Lithuana, Belanda, United Kingdom, India dan Greece yang menyokong Palestin di PBB.
Timbalan Duta Palestin ke UNESCO, Mounir Anastas berkata, resolusi itu adalah untuk memberi peringatan kepada Israel bahawa Palestin berkuasa menduduki Timur Baitulmaqdis dan meminta mereka menghentikan penindasan termasuk penggalian hasil arkeologi di sekitar tapak itu.
Bagaimanapun, Israel mendakwa resolusi berkenaan telah menafikan hubungan Yahudi dengan tapak di bandar itu. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my