UNRWA bimbang nasib 210,000 pelarian Palestin di Lubnan

BEIRUT – Agensi Kerja dan Bantuan Pelarian Palestin (UNRWA) bimbang dengan kemerosotan keadaan di Lubnan, termasuk kesannya terhadap pelarian Palestin di sana.

UNRWA dalam satu kenyataan berkata, pelarian Palestin adalah antara komuniti paling rentan di Lubnan dan berdepan kesukaran untuk bertahan di negara itu.

Ini berikutan krisis ekonomi dan kewangan, selain pandemik COVID-19 yang melanda Lubnan ketika ini, kesan daripada insiden letupan di pelabuhan Beirut.

Krisis berlaku sejak 2019 itu telah mempengaruhi semua segmen masyarakat di Lubnan, yang secara drastik turut memberi kesan kepada akses pelarian secara umum ke sumber pendapatan.

Susut nilai mata wang tempatan yang belum pernah berlaku telah menurunkan kuasa beli pelarian Palestin apabila harga barangan naik mendadak, dengan inflasi melebihi 100 peratus.

Malah, kadar kemiskinan juga meningkat tinggi dalam kalangan masyarakat rentan, termasuk pelarian Palestin.

“Walaupun masyarakat antarabangsa dan badan bantuan berusaha untuk memenuhi keperluan di Lubnan, negara itu kini berdepan kekurangan bahan bakar,” kata Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini.

UNRWA tetap menjadi pihak utama yang menyediakan perkhidmatan asas seperti kesihatan, pendidikan dan keperluan kem kepada lebih 210,000 pelarian Palestin yang berada di Lubnan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts