MONTEVIDEO – Uruguay mengesahkan sokongannya terhadap perjuangan hak rakyat Palestin yang kini teruk ditindas dan dizalimi oleh rejim pengganas Israel, selain kesediaan dan kepentingan kerjasama antara dua negara dalam pelbagai bidang.
Naib Presiden Uruguay, Lucia Topolansky menyatakan pendirian berkenaan ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Palestin, Walid Abdel Rahim, baru-baru ini.
Abdel Rahim berkata, rakyat Palestin sangat menghargai sokongan Uruguay yang berpihak kepada perjuangan mereka untuk memiliki negara merdeka, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.
Dalam pertemuan itu, Abdel Rahim memberi taklimat rasmi kepada Topolansky mengenai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia Israel, termasuk penempatan haram Yahudi yang giat dibina di wilayah Palestin.
Pelanggaran itu termasuklah tindakan rejim merobohkan kebanyakan rumah dan bangunan Palestin, selain menafikan hak rakyatnya di wilayah berkenaan, kata Abdel Rahim. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)