Tanah barakah Al Quds bukan isu kemanusian sahaja. Ianya lebih besar lagi membabitkan hak dan batil, Islam dan kufur. Al Quds juga adalah melibatkan beberapa peristiwa tanda hampir Qiyamah. Bantuan kemanusian dan kehidupan adalah satu juzuk kecil yang perlu kita tunaikan. Jangan kita bertelingkah dalam perkara ini kerana ianya merugikan kita semua.
Kita perlu meletakkan matlamat kita yang lebih besar iaitu perjuangan di Palestin adalah perjuangan menegakkan Islam dan mencegah kekufuran dan syirik. Yahudi itu sendiri adalah lambang kebatilan. Perjuangan melenyapkan Yahudi di Palestin adalah perjuangan hingga hari Qiyamah kerana hadis jelas mengatakan sedemikian.
Penghijrahan Yahudi ke Palestin merupakan bantuan Allah kepada agamaNya dan ummah melalui bangsa – bangsa kufar penjajah yang mengumpulkan mereka dalam beberapa deklarasi antarabangsa. Pertolongan Allah mengumpulkan Yahudi dari seluruh pelusuk dunia untuk melenyapkan mereka di satu tempat iaitu bumi Palestin di akhir zaman nanti.
Perjuangan di Palestin tidak akan berakhir dengan bantuan kebendaan yang kita hulurkan. Perjuangan di Palestin juga tidak akan tamat bila semua keperluan kehidupan penduduk telah sempurna tetapi bantuan perlu dihulurkan. Perjuangan di Palestin adalah perjuangan di dunia untuk menuju alam akhirat yang menjadi kewajipan ummah.
Alangkah cantiknya jika kita semua dapat menyatukan hati-hati kita untuk membebaskan bumi barakah ini. Berganding bahu untuk menghulurkan bantuan kemanusian kerana mereka saudara kita yang sama-sama berjuang untuk membebaskan bumi Palestin. Kalau kita bertelingkah hanya kerana bantuan. Ianya amat menyedihkan kita semua.
Lebih baik kita muhasabah diri kita kebelakangan sedikit untuk memahami konsep ikhlas. Satu perkataan yang sudah biasa kita dengar tetapi ianya memberi pengertian yang besar dalam kehidupan seseorang mukmin. Bukan kita pertikaikan keikhlasan saudara-saudara kita menghulurkan bantuan ke Palestin tetapi sebagai muhasabah untuk kita semua. Ikhlas yang menentukan amalan kita diterima atau ditolak oleh Allah. Jangan kita mensia-siakan pengorbanan kita selama ini hanya dengan sedikit dugaan ini.
Mudah mudahan pengorbanan kita semua akan mendapat pahala yang besar dari Allah untuk kehidupan kita di akhirat. Kesilapan yang kita lakukan diberi pengampunan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. -Ismaweb
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Kelantan
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)