Wanita berpakaian mencolok mata di Terengganu akan diambil tindakan

Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu bersedia untuk menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh syariah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sebelum ini mereka yang ditahan kerana berpakaian mencolok mata hanya diberi nasihat oleh penguat kuasa Majlis Agama Islam Negeri dan daerah di negeri ini.

“Jadi, sudah tiba masanya kita akan menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh syariah di negeri ini.

“Malah, Dewan Undangan Negeri (Dun) juga sudah meluluskan rang-rang undang berkaitan perkara ini sebelum ini dan kita bersedia untuk melaksanakannya,” katanya selepas merasmikan Sambutan Terengganu Hijab Day di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wanita Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor dan Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu, Wan Nur Sakinah Din.

Hanafiah berkata, sebelum ini juga pihaknya sudah melaksanakan penguatkuasaan terhadap penunggang dan pembonceng bukan mahram yang membonceng bersama.

“Walaupun mengikut fesyen terkini, namun mereka terutama golongan muda ini dapat mematuhi etika pakaian dengan patuh syariah,” katanya.

Sementara itu, Zuraida berkata pihaknya sentiasa cakna dan tidak mengenepikan peranan dan sumbangan wanita bagi pembangunan negeri sama ada pembangunan material mahupun pembangunan insan.

Katanya, selagi mana menjaga batasan dan peraturan syariah, wanita boleh menyumbangkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.

“Menyedari betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera, kerajaan Terengganu sudah menggubal dan menetapkan satu Dasar Wanita Terengganu untuk memelihara, melindungi, memperkasa dan membangunkan wanita,” katanya – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts