Wanita Palestin sarat 9 bulan dipenjara Israel dibebaskan

RAMALLAH  – Israel hari ini membebas seorang ibu muda yang sarat mengandung sembilan bulan selepas ditahan di sebuah penjara di negara haram itu.

Wanita kelahiran Palestin berkenaan Anhar al-Deek dibebas dengan ikat jamin 40,000 shekel atau kira-kira RM50,000, selain ketetapan tidak boleh keluar dari kediaman keluarganya.

Setibanya di rumah, Anhar dilihat terus merangkul anak perempuannya, Julia.

Anhar ditahan tentera rejim Zionis kira-kira lima bulan lalu kerana dituduh cuba melakukan serangan di sebuah kawasan penempatan haram di pekan yang menjadi tempat tinggal keluarganya.

Baru-baru ini, portal berita melaporkan, pihak berkuasa Israel enggan membebaskan Anhar yang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka melahirkan bayi di dalam penjara.

Susulan itu, keluarga Anhar merayu kepada badan antarabangsa supaya campur tangan bagi membolehkan wanita yang dizalimi itu bersalin di luar penjara.

Terdahulu, Anhar yang berasal dari pekan Kafr Ni’ma, barat Ramallah mengirimkan sepucuk surat kepada keluarganya supaya badan hak asasi manusia dapat mengambil tindakan terhadap tindakan pemenjaraannya.

Ini setelah dia langsung tidak dibicarakan, malah penahanannya dikatakan dilakukan tanpa sebab munasabah.

Liga Arab semalam mahu negara haram Israel bertanggungjawab terhadap kesejahteraan Anhar selepas tidak membenarkan dia dibebaskan.

Selain itu, pertubuhan Arab itu mendesak supaya dunia memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa, menurut Agensi Berita Jordan (Petra). – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts