Wanita Palestin terbunuh, bom pengganas Israel sasar kediaman

 

GAZA – Seorang wanita Palestin terbunuh dalam serangan pengeboman dilancarkan rejim pengganas Israel yang menyasarkan kediamannya di Semenanjung Gaza, awal pagi tadi.

Mangsa termasuk sembilan kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan awal pagi, di kediaman mereka di kem pelarian Al Shati, utara Semenanjung Gaza.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Qedra memaklumkan, jumlah korban akibat serangan Israel di Gaza sejak Isnin kini mencecah 22 orang, termasuk mangsa korban insiden pada Selasa. 

Beliau berkata, serangan rejim turut menyebabkan anak-anak mangsa cedera namun berada dalam keadaan stabil. 

Setakat ini, seramai 106 orang dilaporkan cedera dalam serangan udara di wilayah itu, termasuk beberapa daripadanya sedang kritikal. 

Serangan kejam itu dilancarkan rejim Israel selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menuntut negara penjajah terbabit menarik tentera mereka dari perkarangan Masjid Al-Aqsa dan daerah Baitulmaqdis Timur, Sheikh Jarrah. 

Sebelum ini, Hamas melancarkan serangan roket dari Gaza sebagai satu tindak balas terhadap tindakan ganas Israel di Sheikh Jarrah dan sekitar Masjid Al-aqsa. 

Jurucakap Hamas, Briged Qassam memberi amaran yang mesti difahami dengan baik, ‘jika anda bertindak balas, kami akan bertindak balas’. –  Agensi

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts