Wartawan Palestin buta ditembak tentera Zionis

TEBING BARAT – Seorang pengamal media Palestin buta sebelah mata akibat ditembak tentera Israel ketika serangan terhadap penunjuk perasaan Palestin di Tebing Barat.

Menurut laporan agensi berita Wafa, Mu’ath Amarneh hilang penglihatan pada mata kirinya selepas mengalami kecederaan parah akibat peluru logam bersalut getah yang dilepaskan tentera Zionis di bandar Surif, Hebron semalam.

Kejadian berlaku ketika Amarneh sedang membuat liputan tentang protes berkaitan penyitaan tanah oleh pihak berkuasa Israel yang memihak kepada pembinaan penempatan.

Amarneh yang ditembak di bahagian mata dikejarkan ke hospital di Hebron untuk menerima rawatan kecemasan namun doktor gagal menyelamatkan penglihatannya.

Dalam kenyataan berasingan, Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) dan sekutu Palestinnya, Sindiket Wartawan Palestin (PJS) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut.

PJS menyelar serangan terhadap Amarneh dan menyifatkan ia sebagai serangan yang sengaja dilakukan tentera Zionis terhadap rakan sekerja yang memakai baju kalis peluru dengan tag nama media.

Kumpulan itu turut menggesa institusi antarabangsa bertindak segera menghentikan kekejaman terhadap pengamal media di Palestin.

“Sudah tiba masanya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengguna pakai Konvensyen untuk Perlindungan dan Keselamatan Wartawan supaya kekebalan yang dinikmati oleh pemangsa kebebasan akhbar dan demokrasi boleh berakhir di Israel dan tempat lain,” kata Setiausaha Agung IFJ, Anthony Bellanger. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts