BAITULMAQDIS– Tindakan polis pengganas membenarkan penceroboh haram Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa, sebenarnya cubaan untuk membuktikan kononnya Israel tidak dikalah di Gaza.
Bekas Mufti Besar Baitulmaqdis dan Palestin, Sheikh Dr Ekrima Sabri berkata, serbuan penceroboh Yahudi dilakukan di bawah perlindungan tentera dan polis Israel yang ketat.
Beliau menegaskan, serbuan ini dibenarkan oleh pihak berkuasa pendudukan untuk membuktikan mereka tidak kalah dengan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.
Sheikh Dr Ekrima turut menyalahkan pihak penjajah Israel untuk kemungkinan peningkatan ketegangan yang mungkin timbul akibat serangan ini.
“Serangan berterusan Israel di Masjid Al-Aqsa antara rancangan untuk penguasaan ke atas tapak suci ini,” yang merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam,” katanya. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)