Yayasan Maghfirah anjur ibadah korban khusus buat masyarakat miskin bandar

 

IBADAH Korban & Sedekah Korban Kota Raya: Khusus untuk Masyarakat Miskin Bandar

=========

Berkongsi Korban, Berkongsi Kebahagiaan

Ibadah korban merupakan menefestasi pengabdian hamba kepada Tuhannya dengan meneladani kisah Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s. Selain itu, pensyariatan ibadah ini juga mempunyai hikmah menggalakkan dan memberikan peluang muslimin untuk berkongsi nikmat dan rezeki yang Allah berikan dengan orang lain.

Ketika seorang Muslim menyembelih korbannya, maka ia telah berkongsi nikmat bersama keluarganya dengan memakan sebahagian daging tersebut. Dan ketika memberi sedekah bahagian yang lain untuk jiran tetangga dan kerabatnya, maka dia telah berkongsi nikmat dan rezeki dengan mereka.

Yayasan Maghfirah (PPAB-04/2018) menyeru kaum muslimin untuk berkongsi kebahagiaan pada Hari Raya Aidil Adha dengan saudara-saudara kita kurang berkemampuan yang hidup di flat Projek Perumahan Rakyat.

Majoriti daripada mereka merupakan kelompok B40 yang hidup dalam serba kekurangan yang dikategorikan sebagai miskin bandar dan 33% daripada mereka mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM1,800.00.

Sepertimana yang kita ketahui kos sara hidup di bandar amat tinggi sehinggakan Bank Negara Malaysia meletakkan RM4,500.00 sebagai Gaji Wajar untuk masyarakat bandar. Terdapat golongan kurang mampu seperti ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan asnaf tinggal di PPR yang menantikan sumbangan korban tuan dan puan.

Justeru Yayasan Maghfirah menjemput tuan dan puan untuk melakukan ibadah korban bersama masyarakat kota raya. Dengan semangat “Berikan Korban Terbaik”, kami memilih lembu yang bersaiz besar untuk disumbangkan kepada masyarakat kota.

Satu Bahagian: RM 750.00
Seekor: RM 5,250.00

Sedekah Qurban: RM 50.00

Sumbangan dan pembayaran disalurkan kepada:
CIMB Islamic Yayasan Maghfirah
8603221427

atau melalui pautan

Pembelian Bahagian Ibadah Korban:
https://www.billplz.com/IbadahQurbanKotaRaya

Sumbangan Sedekah Korban:
https://www.billplz.com/SedekahQurban

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pejabat: 03-8740 1193
Whatsapp/telegram: 0193694493
(https://bit.ly/2vdnNTe)

#QurbanAmal
#YayasanMaghfirah
#SedekahQurban
#nikmatbersama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Cintaku diuji

  Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin Hanya zikrullah yang mampu memberikan ketenangan kepada si suami, Ahnaf Abdul Qais,…