‘You Will Never Walk Alone’
Hari ni banyak terbaca status sebut #YNWA , tapi tahukah kita apakah yang tidak akan tinggalkan kita alone (berseorangan) sehingga setia bersama walaupun setelah kita mati? Inilah yang disebut oleh Nabi SAW:
فَإِذَا كَانَ مُؤْمِنًا كَانَتِ الصَّلاةُ عِنْدَ رَأْسِهِ ، وَالزَّكَاةُ عَنْ يَمِينِهِ ، وَكَانَ الصِّيَامُ عَنْ يَسَارِهِ ، وَكَانَ فِعْلُ الْخَيْرَاتِ وَالصَّدَقَةُ وَالصِّلَةُ وَالْمَعْرُوفُ وَالإِحْسَانُ إِلَى النَّاسِ عِنْدَ رِجْلَيْهِ
Jika seseorang (itu mati dalam keadaan) beriman, maka SOLAT berada ppada kepalanya, ZAKAT disebelah kanannya, PUASA disebelah kirinya, dan pelbagai amalan kebaikan seperti SEDEKAH, MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM, KEMA’RUFAN dan IHSAN KEPADA MANUSIA (yaitu akhlaq yang mulia) berada pada kedua kakinya. (Riwayat Ahmad)
Moga kita terus diberi kekuatan untuk buat amal kebaikan sehinggalah amalan itu berjanji pada kita ‘you will never walk alone’ di alam kubur nanti.
Amin.
*tiada masalah untuk tonton dan sokong bola, cuma peringat bersama bak kata orang tua ‘yang dibawa ke kubur tu amal bukan bola’
Ustaz Muhammad Firdaus Zalani
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)