Ketika bermusafir ke Indonesia untuk memantau projek pelarian Rohingya yang dikelolakan oleh Lonely Orphans, sebuah pertubuhan kebajikan dari Britain, Syed Ikhlass telah bertemu dengan seorang wira sejati; Yusuf.
Menyelamatkan lebih 300 orang pelarian Rohingya
Apa yang buatkan kami lebih terharu lagi apabila Yusuf sendiri merupakan seorang nelayan miskin yang tinggal di perairan Langsa, Indonesia. Baru-baru ini, dia telah menyelamatkan lebih daripada 300 orang pelarian Rohingya yang terdampar di lautan. Yusuf telah menemui sebuah kapal yang terdampar di tengah lautan, 7 jam dari darat. Kapal itu sarat dengan pelarian Rohingya yang menyelamatkan diri daripada kekejaman pemerintahan kuku besi kerajaan Myanmar.
Yusuf cuba untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa, tetapi akibat terlalu bersimpati dengan nasib pelarian tersebut, Yusuf langsung cuba untuk menyelamatkan mereka sendiri. Cuma masalah besar yang dihadapi Yusuf adalah kapal nelayan dia hanya mampu memuatkan seramai 48 orang sahaja.
Walaupun saiz kapalnya yang kecil, Yusuf mencuba sedaya upaya memuatkan seberapa ramai orang yang dia mampu selamatkan. Perjalanan pergi dan balik memakan masa selama 14 jam dan berkat kesabaran, keazaman dan kesungguhan Yusuf untuk membantu saudara semuslimnya, dia berjaya melakukan 7 trip perjalanan dan sekaligus menyelamatkan lebih 300 orang!
Yusuf memberitahu Syed:
“Terdapat ramai orang yang terdampar, sebahagian daripadanya hanya berbogel sahaja. Saya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa dan secara peribadi telah melakukan 7 trip dengan setiap satu trip memakan masa 14 jam.”
Bila ditanya mengapa dia melakukan sedemikian dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan mereka, ini jawapan Yusuf:
“Saya mesti membantu mereka, dan apabila kita berada di lautan, kita perlu saling membantu, tidak kira dari mana asal usul kita.”
Syed memberitahu bahawa Yusuf adalah seorang yang merendah diri yang tidak meminta apa-apa balasan daripada perbuatan yang dia lakukan. Yusuf hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.
Sumber: http://ilmfeed.com/the-selfless-hero-who-saved-over-300-rohingya-stranded-at-sea/
www.indahnyaislam.my
A true seaman
Allahuakbar…. inshallah Allah maha mendengar …aamiin
Saya terharu dan bangga dgn abg yusuf….bkn ramai yg akan bertindak sedemikian, pengorbanan yg membanggakan….semoga ALLAH sahaja yg dpt membalas niat murni abg yusuf dan pasti ALLAH memberi ganjaran yg tidak terduga …..janji ALLAH itu pasti, aamiin……
subhanallah.. semoga Allah memberinya rezeki yg banyak dan barokah dan membalas surga di akhirat nanti
Yusuf berasal dari Langsa, Aceh, sungguh seorang yg mulia hatinya, semoga Allah membalas segala kebajikan yg tlh ia perbuat. Aamiin
Alhamdulillah sdr Yusuf. Pengorbanan mu amat luar biasa. Sesungguhnya tidak sebenar beriman seseorang itu, sehingga ia mencintai saudara seagama dgn nya lebih dari diri nya sendiri. Semoga Allah membalas yang terbaik utk mu. Aamiin.
Bagaimana saya boleh salurkan bantuan utk warga pelarian rohingya di sana? Makanan? Ubatan? Pakaian? Pada siapa boleh saya rujuk?
Alhamdulillah3, Hanya ALLAH swt akan membalas pertolongan murni Yusuf pada perlarian2 Rohingya ini.
Alhamdullillah…kalau la saya bole tlg macam apa yg kamu buat yusuf …saya sgt2 mahu menolong saudara sesama islam…hanya Allah swt saja yg dapat membalas jasamu…saya hari2 tengok fb tentang nasib saudara kita disana..tp apa kan daya saya hanya mampu menagis dan berdoa agar semua selamat..tak sanggup melihat ank2 kecil dibunuh tanpa belas kasihan…Terima kasih banyak2 Yusuf..tak tau apa lg yg bole saya ucapkan…hanya Allah swt saje yg dapat membalas segala kebaikan kamu…Aaminn
Terbaik dari Allah, tarbiah untuk insan. Allahuakbar
Ya Allah rob berilah balasan yang setimpal buat saudara kami yusuf ini dan panjangkan umurnya dalam ketaatan dan luaskanlah rezekinya Aamiin ya Allah
Semoga Abang Yusuff diberikan kesihatan yang baik murah rezeki Dan mendapat Rahmat Allah SWT. Janji Allah itu pasti. Semoga Allah lahirkan ramai lagi insan yang mulia hati Dan tulus ikhlas seperti Abang Yusoff. Aamiin YBA.
alhamdulillah ya allah , telah mengirm hambamu yang baik nati dan ihklas menolong saudara2 muslim kami dari kesengsaraan dan terjangan gelombang , ya allah hanya engkaulah tempat kami memohon dan meminta pertolongan balaslah apa yg orang itu lakukan terhadap saudara2 kami seiman agar mereka sadar atas apa yg mereka perbuat , ya allah engkau maha tau segalanya amiiiin…
TAHUKAH ANDA, PEMBUNUHAN DAN KEZALIMAN KEPADA ETNIK ROHINGYA SUDAH SAMPAI TAHAP DARURAT WAKTU INI ?
Sedih. Sangat menyedihkan. Setiap hari masuk berita dalam Whatsapp group saya mengenai keadaan terkini di Mnyanmar. Secara specifiknya, di Arakan.
Dahulu, semasa di bawah pemerintahan junta tentera, kekejaman kepada etnik Rohingya berlaku sepanjang masa.
Apabila Aun San Suu Kyi berjaya menjadi pemerintah menewaskan parti junta tentera, harapan besar diletakkan di bahu pemegang nobel keamanan ini untuk menghentikan kekejaman kepada etnik Rohingya ini.
Namun, ianya meleset sama sekali.
Kini, kekejaman menjadi lebih buruk berbanding zaman pemerintahan junta tentera.
ASSK terang terang isytihar polisi tidak boleh lagi gunakan nama Rohingya di negaranya. Rohingya ini dianggap tidak sah langsung untuk duduk di negara Mnyanmar.
Kesan dari itu, kami mendapat berita etnik Rohingya sedang di halau secara aggresif dari semua perkampungan mereka.
Tidak cukup dengan itu, setiap hari dikhabarkan paling minima 5 orang gadis akan diculik dan dirogol oleh tentera pemerintah. Allahuakbar! Melampau sungguh!
Anak anak kecil dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Ada satu gambar yang saya dapat cukup menyedihkan. Terburai isi perut si kecil yang tidak berdosa itu. Tak sanggup saya kongsikan gambar itu di sini. Sangat menyayat hati. Nauzubillah.
Yang dewasa ada yang disembelih hidup hidup. Dipenggal kepala dan disepak seumpama bola . Dan ini bukan cerita puluhan tahun lepas, bukan juga cerita tahun lepas , bukan juga cerita bulan lepas, ini cerita sekarang! Cerita hari ini!
Nah! Mahu tunggu apa lagi?
Kami para NGO Islam di Asean segera buat mesyuarat tergempar. Etnik Rohingya ini mesti segera dibantu. Apatah lagi mereka saudara seakidah dengan kita.
Hasil mesyuarat, kami setuju untuk lancarkan kempen Food Flotilla For Mnyanmar (Rohingya).
Kami telah salurkan bantahan secara rasmi kepada seluruh kedutaan asing , negara OIC, ASEAN SECRETARIAT, dan kami telah pun menghantar memo dan terus berdemo di pejabat UN.
Kami juga komited untuk segera lancarkan kutipan dana sebanyak mungkin untuk menghantar bantuan kecemasan berupa makanan, perubatan dan pakaian kepada mereka yang sedang di zalimi di Mnyanmar.
Tak cukup dengan itu. Kami mahu usaha kali ini biar dapat perhatian seluruh dunia. Kami mahu dunia segera bertindak hentikan kekejaman di Mnyanmar. Lalu lahir idea untuk hantar kapal penuh dengan barang bantuan kesana. Biar pun ada halangan besar yang menanti,kami tak kisah,kami akan redah aje!
Lagi kami dihalang, lagi kuat keinginan kami untuk merempuh masuk memberi bantuan. Kami tidak akan berdiam diri melihat saudara Rohingya kita dibelasah setiap masa!
Ayuh teman teman, bantu kami untuk membantu mereka.
Paling kurang, tolong like dan share kan posting ini supaya lebih ramai orang boleh terlibat dalam memberikan bantuan kepada Umat Islam Rohingya.
Insya Allah, target kami selewat lewatnya bulan 12 ini kapal akan bergerak.
Buat masa itu, kami mohon sokongan dana dari orang ramai untuk kami salurkan bantuan kepada mereka.
Sekiranya anda ada rezeki lebih, boleh juga salurkan bantuan kewangan kepada mereka berupa wang ringgit untuk mereka belikan keperluan segera seperti ubat ubatan , beras , pakaian dan khemah untuk berteduh. Akaun bank ngo kami ialah 5641-0042-1083 (Maybank, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim).
Sekali lagi, mohon bantu kami dengan like dan share posting ini kepada seramai mungkin kenalan anda.
Terima kasih. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin.
Ustaz Hakim Mohd Nor
Setiausaha Serantau Muslim
Layari http://www.smuslim.com utk kepastian
SM Hotline: +60108659407
[email protected]
Alhamdulillah, saya hanya baca sedikit drpd apa yang diberitakan mengenai saudara Yusof yang telah menyelamatkan kumpulan pelarian Rohingya air mata ini terus terusn mengalir, masyaallah subhanallah betapa mulia hati saudara Yusof walaupun seorang nelayan yang snggup mengorban masa yang begitu panjang untuk menyelamatkan pelarian Rohingya yanh kini telah memasuki negara indonesia.