Zakir Naik dan Ramasamy: Antara kebebasan agama dan terorisma

 

SAYA akui di malaysia ceramah perbandingan agama Zakir Naik ini sensitif. Tetapi adalah salah untuk kita menyekat perbandingan agama cara ilmiah. Takkan untuk mencari kebenaran seseorang itu tidak boleh diberitahu apakah yang membezakan agamanya. Sebab itu, cadangan saya perbandingan agama cara ilmiah dibenarkan tetapi terhad kepada ceramah agama sahaja.

Masalahnya, kebebasan agama ini cuba disekat sepenuhnya oleh Ramasamy dan sekutunya. Saya bukan penyokong tegar Zakir Naik, tetapi ini menghalang kebebasan agama dalam Islam yg diperuntukkan dalam perlembagaan.

Penentang tegar Zakir Naik seperti Ramasamy pula setelah kian lama menggunakan pretext palsu keganasan untuk membendung Zakir Naik. Dan setelah sekian lama saya menjelaskan bahawa ini naratif khianat kerana mereka ini pendukung kumpulan pengganas LTTE. Media perdana “somehow” kalau bukan ekstrimis atau pengganas Muslim jarang mengarusperdanakan ini.

Takkanlah pendokong kumpulan pengganas boleh menggunakan alasan keganasan untuk menyekat kebebasan beragama orang lain. Ini sungguh hipokritikal dan menyalahi. Ini sebenarnya merbahaya kerana ini sebenarnya adalah pertembungan agama yang diselindungi dengan naratif lain. Tetapi masalahnya, inilah yang berlaku di Malaysia setelah sekian lama.

Kita kena jelas apa yang kita mahu dan pertahankan. Zakir Naik dan yang sama dengannya sepatutnya boleh berceramah agama. Adalah menyalahi langsung kebebasan beragama dan bersuara Zakir Naik disekat. Cuma saya boleh terima kalau ceramah perbandingan agama terhad kepada Muslim sahaja.

 

 

Berkenaan beliau adalah teroris ini masih belum terbukti. Dakwaan setakat ini jelas nampak kerajaan India bermotifkan penindasan ke atas Muslim di sana. Dakwaan India yang mengaitkan videonya dengan insiden di Bangladesh adalah “spurious”/ palsu pada saya yg hanya menguatkan penindasan ini. Ini adalah political atau religious persecution. Sebenarnya saya berasa Zakir Naik dianiaya di sini. Walauapapun jika ada bukti kukuh selanjutnya yg menunjukkan beliau sendiri terlibat terus dengan kumpulan keganasan, saya tidak akan mempertahankannya.

Kumpulan LTTE pula jelas kumpulan pengganas. Mereka telah membunuh tak kira wanita atau kanak-kanak. Malah di India telah membunuh Rajiv Ghandi. Sebab itu sehingga kini “ban”/ pengharaman kepada kumpulan ini terus berlarutan oleh kerajaan India.

LTTE tak sama dengan Palestin. Ini perbandingan yang mengkhianati lagi oleh pendokong LTTE. LTTE ini seperti ISIS. Bukan Palestin. Mereka ini (LTTE) kumpulan pengganas. Ideologi keganasannya amatlah merbahaya. Seperti ISIS/Daesh penyokongnya mesti dibendung dan tidak boleh memegang jawatan tinggi kerajaan. Kepentingan sekuriti negara boleh di kompromi jika sebaliknya.

Tak kira sekarang samada mereka sudah lumpuh atau tidak. Sama seperti DAESH atau ISIS, sekiranya mereka mendokong lagi ideologi keganasan tersebut walaupun ISIS/Daesh/LTTE ditewaskan, mereka patut dibendung dan diambil tindakan. Mereka yg berkaitan dengan pengganas ini mesti “disassociate” dari keganasan ini sepertimana Muslim dikehendaki disassociate dengan keganasan orang lain.

Lukman Sheriff

Sumber: https://web.facebook.com/lukman.sheriff.1/posts/10156153090012820

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Bagus tetapi yang hairan nya isu besar seperti ini dan membahayakan negara kerajaan senyap dan pemimpin tertinggi pun senyap dan prmimpin pemimpin yang beragama islam juga senyap apakah mereka takut hilang kuasa dari hilang negara. Tak layak kerajaan sekarang untuk dihormati sebab pemimpin pemimpinya semua tiada intergriti dan maruah diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts