Dr Zakir Naik minta maaf atas salah faham, ucapan dipetik luar konteks

 

SAYA sentiasa menjadi orang yang berpegang kepada keamanan kerana itulah yang disebut al-Qur’an. Sudah menjadi misi saya untuk menyebarkan kedamaian di seluruh dunia.

Malangnya, saya menghadapi pengkritik yang cuba menghalang saya daripada menjalankan misi saya.

Seperti yang anda perhatikan sejak beberapa hari kebelakangan ini, saya dituduh menyebabkan masalah perkauman di negara ini dan pengkritik saya telah menggunakan ayat terpilih yang diambil di luar konteks dan menambah rekaan yang aneh ke dalamnya.

Hari ini, saya telah menjelaskan pendirian saya kepada polis.

Bagaimanapun, saya sedih bahawa episod ini telah menyebabkan ramai orang bukan Islam telah menganggap saya sebagai seorang yang rasis.

Apa yang merisaukan saya mereka yang terluka tidak pernah mendengar ucapan saya tetapi hanya berdasarkan tanggapan mereka terhadap petikan (ucapan) di luar konteks.

Yang membimbangkan bagi saya kerana ia membawa kemudaratan kepada imej Islam dan berfungsi untuk membuat orang jauh daripadanya.

 

 

Rasisme adalah kejahatan, saya tegas mengenainya, sama seperti al-Quran, dan ia adalah bertentangan dengan segala apa yang saya berdiri sebagai pendakwah Islam.

“Ingatlah. Tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang ajam (bukan Arab) dan bagi orang ajam atas orang Arab, tidak ada kelebihan bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, bagi orang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan.”

Allah berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Al-Quran 49:13)

Walaupun saya telah menjelaskan pendirian saya, namun, saya merasakan saya perlu meminta maaf kepada semua pihak yang terkesan salah faham ini.

Saya tidak mahu mana-mana daripada anda menyimpan perasaan sakit terhadap saya. Ia bukan niat saya untuk mengganggu mana-mana individu atau masyarakat.

Ia bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam, dan saya ingin memohon maaf atas salah faham ini.

Pada masa yang sama, dengan rendah hati saya merayu anda semua terutamanya kepada orang bukan Islam.

Sila luangkan masa untuk mendengar ucapan saya secara keseluruhannya. Syarahan saya di YouTube, Peace TV, dan aplikasi mudah alih TV Peace.

Akhir sekali, saya sangat tersentuh oleh beratus-ratus ribu orang yang menyokong saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Jazaak Allaahu Khairan. Semoga Allah membalas anda semua dengan kebaikan.

DR ZAKIR NAIK

[Diterjemah daripada kenyataan asal dalam bahasa Inggeris oleh Malaysiakini]

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Kami rakyat malaysia yang cintakan ugama sangat bersyukur dengan kehadiran Zakir Naik hanya musuh musuh islam sahja yang membenci anda yg tersentuh hati hanya lah sekadar gimik untuk menarik perhatian orang bahawa yg menuduh itu tidak bersalah tetapi sebenarnya anda lah sebenarnya wira yg dikehendaki berani kerana benar bukan seperti manusia yg ibarat telunjuk lurus kelingking berkait dan suka mengampu. Semuanya ada hikmah dengan peristiwa ini ianya memberi peringatan kepada umat islam supaya tidak melalaikan ugama dan berkasih sayang antara sesama islam. Bahawa sesungguhnya bangsa yg dinamakan kafir itu akan sentiasa berusaha menjatuhkan islam.
    Semoga Allah memelihara anda dan teruskan dakwah murni anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts