Zakir Naik mohon semua melihat rakaman penuh syarahannya

 

SHAH ALAM – Pendakwah dari India, Dr Zakir Naik memohon semua rakyat Malaysia supaya melihat dan meneliti sepenuhnya rakaman syarahannya di Kota Bharu berbanding mempercayai sebahagian rakaman yang didedahkan.

Beliau berkata, ini bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan termasuk salah tafsir terhadap ucapannya ketika program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan 9 Ogos lalu.

“Permintaan saya kepada semua rakyat Malaysia dan media, tidak kira Islam atau bukan Islam supaya membuat pengesahan terhadap maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkannya.

“Jangan mempercayai secara buta tuli terhadap setiap maklumat yang anda perolehi, termasuk ucapan saya tanpa mengesahkan kebenarannya,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Kenyataan media keduanya ini dikeluarkan selepas beliau mendapat kritikan hebat daripada pemimpin negara berhubung syarahannya yang menyinggung perasaan masyarakat India dan Cina.

Malah Zakir juga mendapat desakan daripada sebahagian menteri Kabinet supaya beliau diusir keluar dari Malaysia.

 

 

Dalam kenyataannya itu, Zakir juga memohon supaya semua rakyat Malaysia termasuk pengkritiknya supaya melihat rakaman penuh di platform rasminya di YouTube dan media sosial.

“Kebanyakan syarahan saya ada di YouTube dan laman sosial. Saya sangat menghargai andai anda mendengar sepenuhnya ucapan atau program saya berbanding mendengar sebahagian kecil rakaman sebelum membuat sebarang keputusan.

“Hampir semua orang bukan Islam yang menyaksikan kuliah lengkap saya, sama ada di India mahupun Malaysia atau di mana sahaja di dunia ini, menghormati dan menghargai kerja saya. Alhamdulillah.

“Jika orang bukan Islam di Malaysia mendengar beberapa kuliah lengkap saya, jika tidak semua, saya juga pasti mereka juga akan menghargai kerja dan menyokong misi saya,” katanya.

Zakir melalui kenyataan media pertamanya menjelaskan, ceramahnya disalah tafsir oleh pengkritiknya yang bermotifkan politik dan untuk menganiayanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Mengapa lah fikiran setengah rakyat malaysia terlampau cetek sangat cuba lah buka minda luas luas terutamanya orang yang menganggap diri mereka islam tetapi tidak mahu mempertahankan saudara seislam asyek berpolitik tak habis habis naik meluat tak sewajarnya kes Zakir Naik pun nak dipolitikan macam mana nak uruskan negara dah jadi kucar kacir semuanya malu lah dengan Allah dan diri sendiri.
    Pendakwah seperti ini yang patut kita lindungi yg dapat beri rahmat kepada negara bukan mengasihani bangsa DAP dan sekutu sekutunya yg menghancurkan
    negara.
    Mereka mereka ini lah yg sepatut nya dihalau dari bumi Malaysia mereka tak berfaedah pun untuk rakyat. Ingat bahawa hari ini kamu diatas tak kan selama nya diatas lama lama kamu akan tersembam ke tanah jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts