Zionis zalim roboh rumah pengawal Masjid al-Aqsa

 

RAMALLAH– Rejim pengganas Israel bertindak zalim merobohkan rumah ketua pengawal Masjid al-Aqsa, Fadi Aliyan di kampung Al-Issawiya di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor agensi berita.

Keluarga Aliyan berkata, penjajah Israel telah memberitahu mereka mengenai rancangan untuk merobohkan rumah itu pada akhir Februari ini. 

Keluarga itu berkata, mereka sudah tiada kudrat untuk menentang tindakan perobohan berkenaan dari sudut undang-undang, apabila mahkamah Israel menolak permohonan peguam seminggu lalu. 

Bukan hanya diroboh, mereka memberitahu bahawa Israel turut mengenakan jumlah denda yang tinggi sebelum mengeluarkan notis perobohan atas alasan pembinaan tanpa permit. 

Rumah dua tingkat yang dibina kira-kira 10 tahun lalu boleh memuatkan 17 orang – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. 

Tindakan negara haram ke atas wilayah yang dijajah menyukarkan bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan kebenaran membina bangunan di Baitulmaqdis Timur, menyebabkan kebanyakan mereka hilang tempat tinggal.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts